Wednesday, June 22, 2011

3 Hari 2 malam..Brunei Darus Salam


Lamanya tak buka blog aku..bukan setakat berabuk..dah berkulat gamaknya...masa tidak mengizinkan..nak buat macam mana..tapi dek kerana kawanku dah `sound' aku tadi...aku gagahkan diri juga untuk buka hari ini.....dah lama sebenarnya nak tulis kisah pergi Brunei ni..tapi baru berkesempatan..harap2nya tak basi lagilah cerita ku ini..

Hari Pertama
31 Mei 2011

Rombongan kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei lebih kurang pukul 9.45 a.m.
Akhirnya sampai juga aku ke Brunei, rasa-rasanya kalau tak ikut rombongan ni, tak sampai...
Kami di bawa ke Hotel Grand River View oleh pemandu pelancong `Ameng' dengan bas persiaran...untuk membersihkan diri..ya lah sejak daripada malam tadi bertolak dari Kluang, dah lah aku tak boleh tidur dalam bas tu...
Sampai kat Hotel...bestnya dapat tidur...biliknya ok..besar dengan satu extra bed yang aku minta untuk anak bujangku....
Bila nak tidur..laparlah pula..order makanan...kat bilik jer kami makan..tak larat dah nak turun cafe...tapi macam tak percayalah ada nasi goreng yg harganya $1.50 duit Brunei lah... kira duit kita rm3.50 lah lebih kurang..hotel kita mana ada harga mcm tu..paling murahpun RM12.90..
Best lah juga nasi gorengnya..tambah lagi `chicken chop'..semua dalam $10.00 dolar jer utk 4 org makan...

Pukul 4 kita berkumpul di bawah untuk pergi melawat Masjid Sultan Omar Saifuddien...yang bestnya...dah sampai bandar..baru sedar ada 2 orang yang tertinggal kat Hotel..nasib belum jauh lagi..patah semula untuk ambil dia orang...rupa2nya dia orang tak sedar kena tinggal sebab asyik sgt zzzzzzzzzzzz kat bilik Hotel yang sejuk tu...huhuhu..kelakar...

Sampai di Masjid Omar Saifudden tu...masyaAllah indah sgt kat dalam masjid tu...kami tak dibenarkan merakam gambar kat dalam tu..so tak dptlah nak tunjukkan keindahannya...dalam ingatan jer lah...kat luar jerlah kita orang bergambar sakan...

Selepas bersiar2 kat sekitar bandar...seronok tengok Bandar Seri begawan..tak jem langsung..tenang jer..dah lah motor pun tak ada...rakyatnya mesti tak `stress'...aku tengok semua papan tanda ada tulisan jawi..rupa2nya satu kewajipan..baguslah...mendaulatkan Bahasa Jawi...

Seterusnya kami di bawa ke pasar malam Gadong...atau pasar malam $1.00 sebab kebanyakan makanannya dijual dengan harga $1.00...atau rm2.50 lah duit kita..kita cuba nasi katok...sedaplah juga...berbaloilah dengan harga $1.00 tu..ayamnya besar dengan sambal macam-macam jenis...murah nak dibandingkan dengan harga makanan kat Malaysia..



Hari Kedua

1 Jun 2011


Selepas bersarapan kat Hotel..bergerak ke SM Saiyidina Hassan...













Sampai jer kat sekolah tu kami disambut dengan alunan gamelan oleh pelajar2 sek tersebut..terasa kami sgt2 dialu2 kan ke sek mereka...
selepas diberi taklimat..kami di bawa melawat di sekitar sekolah tersebut...memang bestlah sekolah tu...semua bilik darjahnya ada `aircond'...pelajar satu kelas cuma 20-24 orang jer..Bahasa Pengantarnya Bahasa Inggeris...yang paling best semasa melawat kelas Pre-vokasionalnya..belajar buat brooch utk sendiri sampai tak sempat membeli belah hasil buatan tangan mereka....khusyuk sgt.........terkilan...nasib baik alia dpt free gara2 nangis kerana dikacau oleh auntie Zaza...huhuhu...dapatlah satu alia bagi kat mamanya..

Selepas setengah hari kat Sekolah tu ,kami dibawa pula ke Muzium Brunei dan Royal Regalia Brunei yg menempatkan barang2 cenderamata atau hadiah yang diterima oleh Sultan Brunei..memang menakjubkan hadiah2 tersebut....terpukau juga lah....dan selepas itu kami di solat di Masjid yang paling caantik dan terbesar di Brunei iaitu Masjid Sultan Hassanal Bolkiah ..kagum melihat keindahan masjidnya..ada eskalator lagi tu...kubahnya diperbuat drp emas..memang kayalah negara Brunei ni...kemudian kami dibawa pula ke Kampung Air Brunei..ini memang best...naik bot ke Perkampungan Air Brunei...memang tak ada kat tempat kita..Perkampungan Air yang mewah.....memang kalau pergi brunei kena pergi ke kampung air ni...menarik...ada 11 sekolah rendah dan satu sekolah menengah..macam tak percaya jer..mcm mana sistem persekolahan kat dalam air tu ya...aktiviti sukannya macam mana...macam nak pergi melawat jer sekolah tu pula...

Akhir sekali buat hari kedua..atas permintaan kami di bawa lagi ke Pasar malam Gadong untuk cari makan malam....nasi katok lagi malam ni sebab tak ada kat Malaysia...anakku suka sgt makan selurut...sedap katanya.....kali ni balik makan kat Hotel........berakhirlah hari kedua di Brunei...

Hari Ketiga
2 Jun 2011


Hari terakhir kami di Brunei..selepas bersarapan, kami bertolak ke Pasar Pagi Tamu Kiangeh.macam pasar pagi kita juga...tak ada yang menarik untuk dibeli...aku cuma beli sedikit buah tgn utk mak dan mak mertua..ikan kembung salai...ikannya besar...dan sedikit kuih Brunei..itupun dapat 2 peket jer,,dah kena borong kat org lain dah....

Atas permintaan ramai, kami di bawa lagi ke Pusat Cenderahati Brunei...tak byk yg dapat dibeli..tak mcm2 kat Bandung ler...sedikit cenderahati utk kawan2 dan ahli keluarga dapat dibeli kat situ....diberi masa 2 jam..tapi tak sampai 2 jam dah habis membeli belah....dah kat satu kedai tu jer yang adanya...bosan.....dah tak ada tempat nak dituju terus ke Lapangan Terbang...terpaksa menunggu 2 jam sebelum boleh daftar masuk..solat dan makan tengah hari dulu kat Airport..harga kat airport sama je dengan harga kat luar sana...kami makan kat Jollibee..tak ada kat Malaysia..restoran makanan segera brunei... dah boleh daftar masuk...kita terus daftar masuk dan menunggu kat dalam tu lama juga ...flight delay 30 minit jer..nasib baik...dah ler lama menunggu ni..delay lagi...lebih kurang pukul 4.15 flight berlepas ke Kuala Lumpur.........cukuplah sekali ke Brunei..sekurang-kurang dapatlah tengok negara brunei....3 hari 2malam cukuplah.....satu pengalaman yang menyeronokkan dengan keluarga dan rakan-rakanku...........memang beruntung jadi rakayt Brunei ni...walaubagaimanapun kita patut bersyukur dengan apa yang kita miliki sebagai rakyat Malaysia......

1 comment: